Sunday, 2 June 2013

Minggu Presentation bahagian 1

Assalamualaikum....

Maaf sudah lama tidak mengepost dan mengupdate blog...sebenarnya banyak yang hendak di post tapi itu lah masa yang menceburi diri ini...huhu...(alasan)...kenapa saya cakap alasan? sebab salah saya yang tidak pandai mengurukan masa dengan betul jadi ini hasil nya banyak benda yang tertunggak dan buat last minit...dan hasilnya nanti mesti tidak memuaskan....(sudah tahu tetapi buat juga...ini lah manusia sudah tahu benda itu salah tetapi hendak mencuba juga....huhu...apa saya mengarut ini)...ok lah abaikan pasal itu...sekarang jom kita mulakan operasi mengupdate blog yang sudah lama tertunggak....

Saya mulakan dengan minggu presentation....
Pada minggu itu sebelum mula presentation terdapat banyak masalah yang berlaku puncanya...huhu...dari kami semua juga kerana tidak buat persediaan yang sepatutnya....Maaf kan kami En. Azzwan...antara masalah yang berlaku ialah speaker pada komputer tidak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya apabila mereka yang present hendak menunjukkan video yang telah mereka buat..walaubagaimana pun, saya dapat lihat kerjasama antara pelajar dan en. kami untuk menyelesaikan masalah tersebut...ini dinamakan kerja berpasukan...berat sama dipikul dan ringan sama di jinjing...huhu...siap peribahasa lagi...pada minggu itu hanya 2 kumpulan sahaja yang dapat mempersembahkan hasil usaha mereka...apa-apa pun maafkan kami en sebab kami tidak membuat persediaan awal...nasib baik lah en. kami ini bertimbang rasa sebab apa saya cakap macam itu.....kerana kami masih diberi peluang untuk mempersembahkan hasil yang telah kami buat pada minggu hadapan dan tidak terus ditolak markah...terima kasih en....






No comments:

Post a Comment