Sunday, 2 June 2013

Minggu Ulangkaji (masa)

Assalamulaikum...

Cepat betul masa berlalu...sekarang sudah minggu ulangkaji...lepas itu minggu peperiksaan....lepas itu cuti..masa makin cepat berlalu..tambah-tambah kalau kita tidak menghargai masa dengan betul...tidak buat perancangan masa dengan betul maka kita akan banyak ketinggalan...banyak perkara atau benda jadi tertunggak...jadi rancangan masa dengan betul tambahan sekarang sudah dekat peperiksaan...kalau tidak hantar tugasan atau tidak selesaikan apa yang sepatutnya elok lah lakukan dengan segera bukan apa nanti takut lebih kalut lagi...(En saya masih berhutang dengan en...:(......)


Kenduri Kahwin

Assalamualaikum...

Kisahnya bermula saya hendak menghadiri kenduri kahwin kawan baik saya. Persiapan yang saya buat untuk pergi adalah last minit....sebelum itu saya bagitahu dahulu di mana destinasi yang akan saya tuju...jeng...jeng....huhu....tidak lain tidak bukan...Kuantan,Pahang.
Kuantan adalah tempat saya membesar walaupun lahirnya di Kelantan...huhu...banyak kenangan pahit dan manis di sana...ramai kawan yang ada dekat sana...tetapi terpaksa berpisah apabila saya dan keluarga berpindah balik ke Kelantan...apa saya ini....sudah lari dari tajuk la..huhu
Kita sambung balik pasal kenduri kahwin ini...saya memang dan kalau boleh nak pergi sangat-sangat dekat kenduri kawan baik saya itu jadi..apa yang perlu saya buat adalah membeli tiket bas dan minta izin my big bos...huhu...alhamdulillah...tiket bas n keizinan pun dapat..jadi gembira la dapat pergi sana tujuan nya hendak meraikan kawan baik yang akan membina masjid tapi sebenarnya sudah lama tidak jumpa itu yang bersungguh-sungguh hendak pergi...huhu
Bila semua sudah ok maksud saya dari segi tiket dan keizinan....maka tanpa di duga timbul lah beberapa masalah yang membuat saya tidak senang duduk....dan patut saya buat pengajaran pada masa akan datang...
Masalah ini timbul bila saya bagitahu kawan saya yang saya akan ke sana pada hari khamis petang dan balik kembali pada hari ahad petang..Dia pula bagitahu yang dia tidak boleh tolong hantarkan saya dekat stesan bas Kuantan sebab pada petang ahad itu dia bersama suaminya ada hal. Saya pun apa lagi (*.*)...nanti hendak minta tolong siapa sebab kawan-kawan yang lain kerja...Tapi tidak mengapa...oleh kerana nak jumpa kawan baik sanggup pergi...
Petang khamis....timbul lagi masalah...nak tahu kenapa?......tidak ada kenderaan hendak ke stesen bas kajang....minta tolang kawan telefon pula tidak dapat...last sekali telefon sepupu minta tolong...tapi mungkin tidak ada rezeki sebab kena tinggal dekat bas...sob...sob...sedih....melayang duit RM30....tapi tidak mengapa oleh sebab semangat nak pergi sana terpaksa beli tiket baru...RM30 lagi kena keluarkan....naik bas malam sampai sana pagi...kali ini berazam supaya tidak ditinggal bas lagi...huhu...kalau tidak melayang lagi lah duit...huhu
Malam itu, sepupu hantar kan....jadi tidak terlewat...lebih kurang dalam 6 jam perjalanan maka sampai lah saya ke destinasi yang di tuju...sampai-sampai dekat sana pengantin yang datang ambil...masa itu terharu sangat...yelah sudah lah pagi itu dia nak kahwin tapi sanggup dia datang jemput kawan dia yang ini (saya lah) dan tidak tidur....terima kasih ain...(ko sanggup jemput aq walaupun ko nak kawin pg tu...aq terharu sangat-sangat)...lepas dia datang jemput dan bawa balik rumah dia...kami pun apa lagi tidur.....beberapa jam kemudian kami bangun untuk solat dan lepas itu tolong apa yang patut....
Dalam pukul 12 lebih dia sah menjadi isteri kepada en suami dia...tahniah ain...(aq harap masjid yang korang bina kekal hingga akhir hayat)...petang pula berlangsung kenduri kendara......akhirnya dapat juga jumpa kawan baik dan menghadirkan diri ke masjlis dia....
sekian terima kasih.....


Minggu Presentation bahagian 2

Assalamulaikum...

Kembali kita pada minggu presentation bahagian 2...huhu
Kali ini kami telah membuat persedian awal supaya apa yang terjadi sebelum ini tidak berulang lagi sebab kalau berulang lagi masak lah kami semua....huhu
Alhamdulillah...pada minggu bahagian 2 presentation semua nya dapat mempersembahkan hasil kumpulan masing-masing, ini pun atas budi bicara en kami serta perancangan yang di buat oleh beliau...terima kasih en...

Pada minggu ini saya dapat tengok macam-macam telatah...aksi yang ditunjukkan oleh semua kumpulan dalam mempersembahkan hasil mereka....ada yang medapat pujian...ada yang membuat lawak...ada yang video menarik tetapi presentation yang kurang memuaskan...ada yang presentationnya menarik tetapi videonya pula kurang memuaskan...ada presentation dan videonya menarik....apa-apa pun alhamdulillah semua hasil usaha yang dibuat membuahkan hasil...di sini kita dapat lihat kerjasama antara ahli kumpulan...walaupun kita rasa kita bagus tapi kalau tidak bekerjasama semua perkara tidak akan berjalan dengan lancar...dan hasilnya akan nampak berbeza bila kita buat sendiri dengan hasil yang di buat secara berkumpulan....jadi kita jangan menyombong diri dengan menganggap diri kita bagus dan boleh buat semua benda atau tanpa bantuan orang lain...sebab kita fikir kalau kita mati nanti tak akan kita sendiri hendak menguruskan jenayah kita tanpa perlukan bantuan orang lain....fikir-fikir kan lah......huhu

Minggu Presentation bahagian 1

Assalamualaikum....

Maaf sudah lama tidak mengepost dan mengupdate blog...sebenarnya banyak yang hendak di post tapi itu lah masa yang menceburi diri ini...huhu...(alasan)...kenapa saya cakap alasan? sebab salah saya yang tidak pandai mengurukan masa dengan betul jadi ini hasil nya banyak benda yang tertunggak dan buat last minit...dan hasilnya nanti mesti tidak memuaskan....(sudah tahu tetapi buat juga...ini lah manusia sudah tahu benda itu salah tetapi hendak mencuba juga....huhu...apa saya mengarut ini)...ok lah abaikan pasal itu...sekarang jom kita mulakan operasi mengupdate blog yang sudah lama tertunggak....

Saya mulakan dengan minggu presentation....
Pada minggu itu sebelum mula presentation terdapat banyak masalah yang berlaku puncanya...huhu...dari kami semua juga kerana tidak buat persediaan yang sepatutnya....Maaf kan kami En. Azzwan...antara masalah yang berlaku ialah speaker pada komputer tidak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya apabila mereka yang present hendak menunjukkan video yang telah mereka buat..walaubagaimana pun, saya dapat lihat kerjasama antara pelajar dan en. kami untuk menyelesaikan masalah tersebut...ini dinamakan kerja berpasukan...berat sama dipikul dan ringan sama di jinjing...huhu...siap peribahasa lagi...pada minggu itu hanya 2 kumpulan sahaja yang dapat mempersembahkan hasil usaha mereka...apa-apa pun maafkan kami en sebab kami tidak membuat persediaan awal...nasib baik lah en. kami ini bertimbang rasa sebab apa saya cakap macam itu.....kerana kami masih diberi peluang untuk mempersembahkan hasil yang telah kami buat pada minggu hadapan dan tidak terus ditolak markah...terima kasih en....






Tuesday, 30 April 2013

Teddy Bear

Assalamualaikum..

Alangkah best kalau dapat hadiah teddy bear....tapi apakan daya tidak ada yang sudi memberi...huhu..tapi tak apa lah sebab bukan budak-budak lagi nak main gan bear kan...(^_^)





Monday, 29 April 2013

NEGERI KELAHIRANKU...

Assalamualaikum...

Hari ini rasa macam nak buat sedikit coretan pasal negeri kelahiranku iaitu Negeri Kelantan.

Macam mana nak mula kan ye...Kelantan adalah negeri pantai timur termasuk juga pahang dan terengganu.
Kelantan adalah negeri Che Siti Wan Kembang kenapa di beri nama begitu? ini kerana di negeri kelantan penjual yang menjual adalah terdiri kaum hawa kalau tidak percaya mari dan singgah di Pasar Besar Siti Khadijah di situ boleh tengok sendiri secara purata yang menjual adalah kaum wanita. Siapa yang tidak kenal dengan negeri itu.Terdapat banyak perkara yang menarik tentang negeri itu antaranya ialah makanannya, tempat perlancongannya dan barangan yang murah-murah dijual. Kebiasaannya pelancongan yang datang ke negeri Kelantan adalah untuk membeli barang kerana barangan di sini dikatakan murah berbanding negeri lain. Mereka membeli secara borong dan membawa balik untuk di jual semula kepada pelanggan. Tidak kurang juga tempat pelancongan yang menarik antarannya ialah Pantai Cahaya Bulan, Pantai Irama dan lain-lain lagi. bagi pelancong yang datang tidak sah kalau tidak pergi ke pantai-pantai yang disebutkan tadi serta tempat-tempat yang menarik yang lain yang terdapat di negari Kelantan. Di kelantan terkenal dengan permainan wau, wayang kulit, gasing dan lain-lain lagi. Permainan ini adalah permainan teradisional yang terdapat negeri kelantan, kepada mereka yang tidak pernah mendengar atau merasa permainan ini boleh lah datang ke Kelantan dan merasainya sendiri dan mereka tidak akan menyesal. Dari segi makanan pula, terdapat banyak makanan yang sedap-sedap antaranya kuih muih nya perbagai dari segi jenisnya dan tidak kurang dengan nama-nama yang pelik tetapi sedap apabila di makan, manakala pula nasi yang terkenal  di Kelantan ialah kerabu...mmmm...begitu menyelerakan....huhu...kenapa saya cakap begitu menyelerakan? ini kerana warna nasi nya yang menarik iaitu warna biru dan dalam satu hidangan terdapat pelbagai jenis lauk dan ulam-ulaman...



                                         wau                                                    pasar besar siti khadijah



KATA-KATA MUTIARA

Assalamualaikum..

Apa lagi ya nak post? tidak ada idea la...oleh itu saya 'copy dan paste'...huhu...tapi sebelum itu saya nak juga menulis sedikit coretan supaya tidak nampak sangat yang saya ini main 'copy' je...huhu
Dalam kehidupan kita ini tidak ada yang mustahil kerana kita boleh capai sesuatu itu atau apa yang kita hajatkan dengan usaha. Tetapi tidak semua yang kita inginkan kita boleh penuhi dengan usaha yang kita lakukan sebab mungkin apa yang kita ingin kan itu tidak semesti baik untuk kita. Oleh itu, kita jangan mudah mengalah apabila kita sudah berusaha tetapi tidak tercapai.



 "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...


 "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."