Monday, 29 April 2013

KATA-KATA MUTIARA

Assalamualaikum..

Apa lagi ya nak post? tidak ada idea la...oleh itu saya 'copy dan paste'...huhu...tapi sebelum itu saya nak juga menulis sedikit coretan supaya tidak nampak sangat yang saya ini main 'copy' je...huhu
Dalam kehidupan kita ini tidak ada yang mustahil kerana kita boleh capai sesuatu itu atau apa yang kita hajatkan dengan usaha. Tetapi tidak semua yang kita inginkan kita boleh penuhi dengan usaha yang kita lakukan sebab mungkin apa yang kita ingin kan itu tidak semesti baik untuk kita. Oleh itu, kita jangan mudah mengalah apabila kita sudah berusaha tetapi tidak tercapai.



 "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...


 "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."



  


No comments:

Post a Comment