Monday, 29 April 2013

NEGERI KELAHIRANKU...

Assalamualaikum...

Hari ini rasa macam nak buat sedikit coretan pasal negeri kelahiranku iaitu Negeri Kelantan.

Macam mana nak mula kan ye...Kelantan adalah negeri pantai timur termasuk juga pahang dan terengganu.
Kelantan adalah negeri Che Siti Wan Kembang kenapa di beri nama begitu? ini kerana di negeri kelantan penjual yang menjual adalah terdiri kaum hawa kalau tidak percaya mari dan singgah di Pasar Besar Siti Khadijah di situ boleh tengok sendiri secara purata yang menjual adalah kaum wanita. Siapa yang tidak kenal dengan negeri itu.Terdapat banyak perkara yang menarik tentang negeri itu antaranya ialah makanannya, tempat perlancongannya dan barangan yang murah-murah dijual. Kebiasaannya pelancongan yang datang ke negeri Kelantan adalah untuk membeli barang kerana barangan di sini dikatakan murah berbanding negeri lain. Mereka membeli secara borong dan membawa balik untuk di jual semula kepada pelanggan. Tidak kurang juga tempat pelancongan yang menarik antarannya ialah Pantai Cahaya Bulan, Pantai Irama dan lain-lain lagi. bagi pelancong yang datang tidak sah kalau tidak pergi ke pantai-pantai yang disebutkan tadi serta tempat-tempat yang menarik yang lain yang terdapat di negari Kelantan. Di kelantan terkenal dengan permainan wau, wayang kulit, gasing dan lain-lain lagi. Permainan ini adalah permainan teradisional yang terdapat negeri kelantan, kepada mereka yang tidak pernah mendengar atau merasa permainan ini boleh lah datang ke Kelantan dan merasainya sendiri dan mereka tidak akan menyesal. Dari segi makanan pula, terdapat banyak makanan yang sedap-sedap antaranya kuih muih nya perbagai dari segi jenisnya dan tidak kurang dengan nama-nama yang pelik tetapi sedap apabila di makan, manakala pula nasi yang terkenal  di Kelantan ialah kerabu...mmmm...begitu menyelerakan....huhu...kenapa saya cakap begitu menyelerakan? ini kerana warna nasi nya yang menarik iaitu warna biru dan dalam satu hidangan terdapat pelbagai jenis lauk dan ulam-ulaman...



                                         wau                                                    pasar besar siti khadijah



No comments:

Post a Comment