Kalau tidak silap sudah hendak masuk 3 minggu saya tidak coretkan apa-apa dalam blog saya ini. Bukan sengaja atau malas tapi ada saja sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tambah-tambahan cuti mid lagi lah sebab dekat rumah tidak ada internet. Kalau balik seminggu, seminggu lah tidak dapat on9 sampaikan tugasan yang diberikan tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan banyak lagi kerja terpaksa ditangguhkan.
Sekarang baru sedar yang internet itu penting untuk menyiapkan kerja, mencari maklumat dan lain-lain lagi. Dunia makin maju semua hendak cepat tidak macam dulu semua tugasan bertulis tangan dan maklumat yang diperlukan dicari melalui buku, tetapi sekarang maklumat di hujung jari tugasan pun dihantar tidak sampai 5 minit masa yang diambil.

No comments:
Post a Comment